Program Gotong-royong dan Perlaksanaan EKSA

Program Gotong-royong dan Perlaksanaan EKSA

Program Gotong-royong dan Perlaksanaan EKSA Bengkel Teknologi Penyejukan & Penyamanan Udara

Pada 15 Januari 2024, Program Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara dari Kolej Vokasional Sungai Buloh (KVSB) telah mengadakan Program Gotong-royong dan Perlaksanaan EKSA di Bengkel Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara. Program ini bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang. Aktiviti ini dianjurkan oleh Program Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara KVSB dengan melibatkan pelajar dan pensyarah.

Objektif Program / Aktiviti
  1. Meningkatkan kebersihan, keceriaan dan keselamatan bengkel.
  2. Memupuk semangat kerjasama dalam kalangan pelajar dan pensyarah.
  3. Mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran, dan nilai sivik yang telah dipelajari oleh pelajar.
Pencapaian / Kedudukan

Program ini tidak melibatkan sebarang pencapaian atau kedudukan tertentu.

Impak Program / Aktiviti

Program gotong-royong yang dijalankan ini mampu memberikan impak positif dalam kalangan pelajar. Dengan terlaksananya program ini, suasana bengkel yang kondusif dapat diwujudkan. Ia secara tidak langsung memupuk nilai-nilai murni dan meningkatkan semangat pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan.

Rumusan

Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan.