Program Khidmat Komuniti Menurunkan Unit Penghawa Dingin

Program Khidmat Komuniti Menurunkan Unit Penghawa Dingin

Laporan Program/Unit: Jabatan Teknologi Mekanikal dan Pembuatan / Program Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara

Pada 24 Januari 2023, Program Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara dari Kolej Vokasional Seri Bahagia (KVSB) telah menjalankan satu program khidmat komuniti di SMK Damansara Damai 1. Program ini bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 4.00 petang. Aktiviti ini dianjurkan oleh SMK Damansara Damai 1 dengan kerjasama Student Technology Chapter Program Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara KVSB.

Objektif Program / Aktiviti
  1. Mendedahkan diri pelajar dengan aktiviti kemasyarakatan disamping menyumbang tenaga untuk kebaikan bersama.
  2. Mengeratkan silaturahim dikalangan ahli Student Technology Chapter disamping memupuk semangat kerja berpasukan.
  3. Mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dipelajari di kolej.
Pencapaian / Kedudukan

Program ini memberi fokus kepada penyertaan pelajar dan pensyarah dalam melaksanakan aktiviti kemasyarakatan.

Impak Program / Aktiviti

Program ini berjaya dilaksanakan dengan lancar. Dengan pantauan pensyarah, para pelajar yang terlibat dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari di kolej dalam situasi sebenar di lapangan. Pihak sekolah, SMK Damansara Damai 1, turut berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh pelajar.

Rumusan

Aktiviti yang telah dilaksanakan ini telah mencapai objektif yang ditetapkan.