Spotcheck MPP

Spotcheck MPP

Pada 24 dan 25 Januari 2024, Majlis Perwakilan Pelajar KVSB telah menganjurkan spotcheck secara besar-besaran di blok akademik dan blok bengkel kolej. Aktiviti yang bermula dari jam 8.00 pagi hingga 5 petang tersebut bertujuan untuk meningkatkan tahap disiplin pelajar agar mematuhi peraturan kolej dengan lebih cekap.
Spotcheck ini melibatkan pemeriksaan terhadap kekemasan pelajar dari segi rambut, kuku, pemakaian stokin, dan tudung. Selain itu, Unit Hal Ehwal Pelajar turut memeriksa pelajar yang membawa bahan-bahan larangan seperti benda tajam, gambar tidak senonoh, bahan bacaan yang tidak sesuai, rokok, vape, dan barang kemas.
Hasil daripada spotcheck ini menunjukkan bahawa beberapa barang larangan telah dirampas oleh pihak Unit Hal Ehwal Pelajar. Ini menandakan impak yang positif terhadap kesedaran pelajar mengenai kepatuhan terhadap peraturan kolej.
Dengan adanya aktiviti ini, diharapkan ia dapat melahirkan pelajar yang bertanggungjawab dan berdisiplin, serta mematuhi peraturan kolej dengan penuh tanggungjawab. Ini menunjukkan komitmen Majlis Perwakilan Pelajar KVSB dalam memastikan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan beretika di kolej.