MPP KV Sepang dan KV Sungai Buloh yang menyertai program mengedarkan bantuan sumbangan makanan dan 300 pek Self-Care Kit kepada gelandangan di Chow Kit, Kuala Lumpur, malam tadi. NSTP/Ihsan MPP KV Sepang dan KV Sungai Buloh.
KUALA LUMPUR: Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kolej Vokasional Sepang dan Kolej Vokasional Sungai Buloh, malam tadi, menyantuni golongan gelandangan di sekitar Chow Kit, di sini, dengan memberikan sumbangan makanan dan 300 pek Self-Care Kit.
Pengarah program misi bantuan gelandangan merangkap Ketua EXCO Kebajikan MPP Kolej Vokasional Sepang, Amir Afiq Badran, berkata program itu bertujuan memberikan gambaran sebenar kehidupan gelandangan di sekitar Kuala Lumpur pada sebelah malam kepada kira-kira 80 peserta program.
Pada masa sama, katanya, program bertujuan memberikan penerangan mengenai `Self-Care Kit’ bagi menerapkan nilai kebersihan dalam diri gelandangan.
“Pada malam tadi, kedua-dua MPP mendapati bantuan yang diberikan masih tidak mencukupi kerana jumlah gelandangan yang terlalu ramai.https://8bb3b7c415c8e7ea971ecf9bbc39a2f9.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-40/html/container.html?n=0
“Bagaimanapun, kami berbesar hati kerana dapat menjayakan program ini walaupun sumbangan tidak dapat diberikan kepada semua gelandangan,” katanya.
Turut menyertai program, Pengarah Kolej Vokasional Sepang (KVS), Supian Abdul Khadir; Timbalan Pengarah Sokongan Akademik KVS, Musa Ahmad, pensyarah, penasihat wakil MPP daripada kedua-dua Kolej Vokasional dan
Kolej Vokasional Sungai Buloh turut dihadiri oleh Yang Di-Pertua Petrsatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Khairul Annuar Jalaluddin dan Mohd Danish Aiman Anuar selaku Ketua EXCO Diplomasi.
Semua sumbangan ditaja oleh pihak pengurusan kolej, PIBG, pensyarah, ibu bapa, rakan industri dan pelajar daripada kedua-dua kolej.