Bengkel Editing Canva
Pelajar mengambil gambar kenang kenangan

Bengkel Editing Canva

Jabatan/Program Unit/JK: Majlis Perwakilan Pelajar KVSB
Tajuk Program/Aktiviti: Program Bengkel Editing Workshop Canva
Tarikh Mula: 10/06/2023
Tarikh Tamat: 10/06/2023
Waktu: 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat: Bilik Seminar KVSB
Penganjur: Unit Psikologi & Kerjaya KVSB
Peringkat Aktiviti: Kolej
Pelibatan: Pelajar & Pensyarah

Objektif Program/Aktiviti:

Bengkel ini bertujuan memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai penggunaan aplikasi Canva, yang kini menjadi trend dalam menghasilkan bahan penerbitan seperti poster, banting, risalah, dan slaid pembentangan. Dengan cara yang mudah, menarik, dan kreatif, Canva memberikan alternatif kepada aplikasi sedia ada seperti Adobe Photoshop dan Powerpoint. Aplikasi ini juga membolehkan pengguna membuat penerbitan secara atas talian dan berkongsi hasil kerja ke pelbagai platform media sosial.

Pencapaian/Kedudukan:

Pencapaian bengkel ini tidak kurang pentingnya, iaitu melalui penyertaan aktif peserta yang turut mengambil bahagian dalam memahami aplikasi Canva.

Impak Program/Aktiviti:

Melalui bengkel ini, pelajar dapat mempelajari ilmu dan tips baru dalam menggunakan Canva untuk menghasilkan bahan penerbitan secara lebih kreatif dan dinamik. Penggunaan Canva yang lebih mudah dan berkesan dapat memberikan impak positif dalam menyemarakkan kreativiti pelajar

Rumusan:

Bengkel Editing Workshop Canva yang dijalankan selama 4 jam diharapkan memberikan manfaat kepada pelajar dalam menghasilkan bahan penerbitan dengan lebih kreatif dan interaktif. Dengan menguasai Canva, peserta dapat memanfaatkan kemahiran ini dalam dunia digital serta memperkayakan lagi portfolio kreativiti mereka. Program ini bukan sekadar memberikan ilmu baru, tetapi juga membuka peluang kepada pelajar untuk terus berkembang dalam menguasai teknologi terkini dalam bidang penerbitan digital.

Gambar:

Sesi bergambar
Sesi bergambar
Sesi bergambar
Sesi bergambar
Pelajar fokus mendengar sesi taklimat
Pelajar fokus mendengar sesi taklimat
Pelajar mengambil gambar kenang kenangan
Pelajar mengambil gambar kenang kenangan

 

Pelapor:

Nama PelaporSharifah Haziqa Uzma Binti Syed Mohd Ridad Jawatan penyedia laporanKetua Exco Pembangunan Sahsiah Dan Akademik Emailmppkvsgbuloh@gmail.com

Tandatangan pelapor