Inovasi MYINSTINC23 Kebangsaan

Inovasi MYINSTINC23 Kebangsaan

Kota Kinabalu, Sabah – Jabatan Teknologi Pemesinan Industri, Institut Kemahiran MARA (IKM) Kota Kinabalu menjadi tuan rumah kepada Pertandingan Akhir Inovasi MyInstinct23 Peringkat Kebangsaan yang berlangsung pada 23 Ogos 2023. Program ini bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Pertandingan yang dianjurkan oleh MARA ini melibatkan pelajar dan pensyarah dari pelbagai institusi pendidikan tinggi termasuk Kolej Vokasional Sungai Buloh. Objektif utama program ini adalah untuk melahirkan mahasiswa yang tidak ketinggalan dalam kemajuan teknologi dan industri Revolusi Industri 4.0.
Selain itu, program ini juga bertujuan untuk membina kemahiran kajian saintifik dan semangat inovasi di kalangan pelajar serta memperkukuhkan kerjasama di antara pelajar dari pelbagai institusi pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Di dalam pertandingan ini, Kolej Vokasional Sungai Buloh telah mencatat pencapaian gemilang dengan meraih anugerah Emas. Tambahan pula, mereka juga berjaya meraih Anugerah Khas dari Lembaga Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) dengan tempat ke-3.
Impak daripada program ini adalah untuk memastikan pengiktirafan produk inovasi pelajar di peringkat kebangsaan serta menyediakan platform untuk pelajar menunjukkan bakat mereka dalam bidang inovasi dan rekacipta.
Secara keseluruhannya, penyertaan dalam pertandingan ini adalah satu langkah penting bagi meningkatkan pengetahuan dan kebolehan pelajar dari Kolej Vokasional Sungai Buloh dalam arena pertandingan inovasi di peringkat yang lebih tinggi.
 

ff-70c6da9b4185dacd0ab134f9ede2b514-ff-WhatsApp-Image-2023-08-25-at-11.57.23-AM
ff-cdca34c38192b2274740117a947af9bd-ff-WhatsApp-Image-2023-08-25-at-11.57.24-AM
ff-e727d16d5b641a00fb3a88d91b1d3597-ff-WhatsApp-Image-2023-08-25-at-11.57.25-AM
ff-57ba3721d93fc861970e86f1010f43a2-ff-WhatsApp-Image-2023-08-25-at-11.57.24-AM-1