Kursus Peningkatan Kemahiran

Kursus Peningkatan Kemahiran

Kursus Peningkatan Kemahiran “Low Voltage Overhead Line dan Pemasangan Penyelenggaraan Sistem Solar”

Tarikh: 07 Januari 2024 – 10 Januari 2024

Masa: 8.00 Pagi – 5.00 Petang

Tempat: KISMEC Training Centre

Penganjur: Program Teknologi Elektrik, KVSB

Peringkat Aktiviti: Program

Pelibatan: Pelajar & Pensyarah

Sebuah kursus peningkatan kemahiran bertajuk “Low Voltage Overhead Line dan Pemasangan Penyelenggaraan Sistem Solar” telah berlangsung di KISMEC Training Centre bermula dari 7 hingga 10 Januari 2024. Program ini dianjurkan oleh Program Teknologi Elektrik, KVSB, dan dihadiri oleh pelajar dan pensyarah.

Objektif program adalah untuk melaksanakan pemasangan talian atas mengikut SOP serta operasi dan prinsip teknologi hijau. Aktiviti ini memberi peluang kepada pelajar untuk menambah ilmu pengetahuan dan meningkatkan kemahiran menggunakan peralatan amali yang disediakan dari pihak kolej swasta.

Aktiviti yang telah dilaksanakan telah mencapai objektif yang ditetapkan. Sesuai dengan gambar-gambar yang disertakan, Sesi taklimat teori Pengenalan kepada Teknologi Hijau telah dijalankan, diikuti dengan amali pemasangan sistem solar di atas bumbung, serta sesi amali pemasangan talian atas. Para peserta juga berpeluang bergambar bersama tenaga pengajar KISMEC Training Centre.

Penyedia laporan, Qadratul Anis binti Faisol, Setiausaha Program Teknologi Elektrik, melaporkan bahawa aktiviti ini berjaya dilaksanakan dengan baik.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Qadratul Anis melalui e-mel di qadratulanis@kvsbkpm.edu.my.