Pameran PTA ETE

Pameran PTA ETE

Pameran dan Penilaian Projek Tahun Akhir Pelajar Program Teknologi Elektrik di KVSB

06 Februari 2024

Pada hari ini, 06 Februari 2024, Jabatan Teknologi Elektrik & Elektronik (Program Teknologi Elektrik) telah menganjurkan Pameran dan Penilaian Projek Tahun Akhir (PTA) bagi pelajar DEA 4044 semester 4. Acara ini telah berlangsung di Dewan Inovatif, KVSB dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari.

Pameran dan penilaian ini bertujuan untuk membolehkan pelajar menghasilkan projek tahun akhir yang berkualiti tinggi serta memenuhi tahap kompetensi yang ditetapkan. Pelajar-pelajar telah berpeluang untuk menunjukkan projek mereka kepada penasihat akademik dan penasihat industri.

Selama sesi pameran dan penilaian, pelajar-pelajar dapat bertukar pendapat dan pengalaman dengan para penilai serta mendapat maklum balas untuk penambahbaikan masa depan. Aktiviti ini diharapkan dapat meningkatkan kualiti projek-projek yang dihasilkan oleh pelajar.

Majlis perasmian turut diadakan bersama-sama Pengarah, En Ahmad bin Abd Razak, yang menyaksikan kesemua projek yang dipamerkan. Tetamu yang hadir turut memberi sokongan kepada pelajar-pelajar dalam usaha mereka.

Secara keseluruhannya, aktiviti yang dirancang telah mencapai objektif yang telah ditetapkan dan diharapkan dapat memberi impak positif kepada pembangunan kemahiran pelajar dalam bidang teknologi elektrik.

Laporan ini disediakan oleh: Qadratul Anis binti Faisol
Setiausaha Program Teknologi Elektrik
Email: qadratulanis@kvsbkpm.edu.my