Pada 07 Februari 2024, Rabu, telah berlangsung Program Bersama TAC INDUSTRI Teknologi Kimpalan di Bilik Seminar & Bilik Operasi MTK. Program yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang ini merupakan inisiatif yang memaparkan kecemerlangan dalam bidang teknologi kimpalan.
Ceramah kerjaya oleh Ts Muhammad Zariq bin Bahrin, seorang Jurutera Pemeriksaan Utama dari IPetro Service Sdn Bhd, telah memberikan wawasan kepada pelajar 2 DVM MTK & 2 SVM MTK. Beliau berkongsi pengalaman serta pandangan mengenai dunia industri teknologi kimpalan.
Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah audit peralatan bengkel yang selaras dengan CO DVM dan semakan kurikulum bagi modul AMALI DVM. Ini bertujuan untuk memastikan pematuhan yang tinggi terhadap piawaian dan keperluan industri dalam bidang teknologi kimpalan.
Kepada KJ Jab Tek Mekanikal dan Pembuatan, serta semua rakan-rakan dalam Program Teknologi Kimpalan, terima kasih atas usaha bersama dalam menjayakan program berharga ini. Semoga program seumpama ini akan terus memberi sumbangan besar dalam perkembangan industri teknologi kimpalan di negara kita.
Terima kasih.