Benchmarking ke UNIKL MIMET

Benchmarking ke UNIKL MIMET

Pada 30 November 2023, sebuah lawatan benchmarking telah diadakan di Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Marine Engineering Technology (UniKL MIMET) di Lumut, Perak. Program ini dianjurkan oleh Kelab Student Technologies Chapter (STC) dengan fokus kepada Teknologi Kimpalan.

 

Lawatan ini bermula pada jam 8.00 pagi hingga 3.00 petang dan melibatkan pelajar serta pensyarah dari pelbagai institusi. Objektif utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai skop kerja kimpalan dalam bidang marine engineering, serta membimbing mereka untuk bersikap positif dan semangat untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

 

Dalam program ini, pelajar-pelajar telah diberi taklimat kursus teknologi kimpalan, mengadakan sesi lawatan ke bengkel kimpalan, dan turut mengunjungi kebahagian enjin kapal. Gambar-gambar telah dirakamkan semasa lawatan untuk tujuan benchmarking.

 

Pencapaian program ini adalah memberi pelajar pendedahan yang mendalam mengenai penggunaan teknologi kimpalan dalam pembuatan bot dan kapal. Kesemua aktiviti yang telah dilaksanakan berjaya mencapai objektif yang ditetapkan.

 

Pelaporan ini disediakan oleh Khairunnisa binti Mohamad Radzi, Penyelaras Program Kimpalan MBOT, dan boleh dihubungi melalui emel khairunnisa@kvsbkpm.edu.my.