Bengkel Literasi Undang-undang KPM

Bengkel Literasi Undang-undang KPM

Pengumuman Penting

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

 

Dengan segala hormatnya, kami ingin memaklumkan bahawa Jawatankuasa Permuafakatan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik (TPSA)/Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) Zon Selangor / Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan mengadakan Bengkel Literasi Undang-undang KPM dan Pengurusan Menangani Buli Dalam Kalangan Pelajar Kolej Kediaman Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik Peringkat Kebangsaan seperti yang berikut:

 

Tarikh: 21 Februari 2024

Hari: Rabu

Masa: 8.00 pagi – 4.30 petang

Tempat: Secara bersemuka di Bilik Hybrid 1, Kolej Vokasional Sungai Buloh (KV/SMT Zon Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) dan secara atas talian (KV/SMT Zon lain seluruh Malaysia)

Peserta: Tiga orang Warden/Guru Disiplin (KV&SMT Zon Selangor/WP Kuala Lumpur) (33 orang)

Sehubungan dengan itu, pihak Jawatankuasa Bengkel ingin memohon kerjasama semua pensyarah untuk mengosongkan kawasan parkir di hadapan pejabat untuk memberi laluan kepada peserta pembengkelan pada hari tersebut, Rabu, 21 Februari 2024.

 

Segala kerjasama dari pihak semua adalah amat dihargai. Terima kasih atas perhatian dan kerjasama anda.