Benchmarking ke UTHM

Benchmarking ke UTHM

Lawatan Penanda Aras Program Teknologi Kimpalan di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV), UTHM

Pada 15 November 2023, pelajar dan pensyarah dari Program Teknologi Kimpalan telah mengadakan lawatan penanda aras ke Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV), UTHM. Lawatan ini dianjurkan oleh Pelajar 2 DVM MTK Kohort 2022 dengan tujuan utama untuk mendapatkan pendedahan tentang kemudahan dan peralatan kimpalan yang ada di FPTV, UTHM.

Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memberikan pendedahan dan maklumat kepada pelajar lepasan KV tentang program Bachelor’s Technology yang ditawarkan di FPTV, UTHM. Seramai pelajar dan pensyarah turut mengunjungi bengkel kimpalan di FPTV, UTHM bagi mendapatkan pendedahan langsung.

Lawatan ini memberikan impak yang positif dalam menambahbaik program Teknologi Kimpalan yang sedang dijalankan di KV Sungai Buloh. Aktiviti ini berlangsung lancar dan berjaya mencapai objektif yang ditetapkan.

Nama Pelapor: Atiqah binti Aman

Jawatan Penyedia Laporan: Setiausaha Program Teknologi Kimpalan

Email: atiqah@kvsbkpm.edu.my

Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini.