Kursus Green Card WTP

Kursus Green Card WTP

Pada 23 Februari 2024, Jabatan Teknologi Awam Kolej Vokasional Sungai Buloh (KVSB) telah menganjurkan kursus KAD HIJAU CIDB. Kursus ini dijalankan dari jam 8.00 pagi hingga 3.00 petang di Bilik Seminar KVSB.

Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai keselamatan dan kesihatan pekerja yang diwajibkan oleh CIDB. Selain itu, pelajar juga diberi pengetahuan tentang undang-undang dan peraturan dalam kerja-kerja pembinaan apabila berada di tapak bina. Kursus ini juga merupakan syarat untuk memperolehi Kad Hijau CIDB bagi tujuan Latihan Industri.

Seramai 25 pelajar dari bidang Teknologi Pembinaan dan 20 pelajar dari bidang Teknologi Maklumat turut serta dalam kursus ini. Penceramah En. Azmi telah menyampaikan kandungan kursus dengan jelas kepada para peserta.

Penerangan mengenai bahaya (Hazard) turut diberikan kepada pelajar yang memberi tumpuan sepenuhnya. Pada akhir kursus, penyertaan pelajar telah memberi impak yang positif dengan memperolehi pengetahuan asas mengenai peraturan keselamatan dan kesihatan dalam industri pembinaan.

Kursus ini merupakan langkah penting untuk memastikan persekitaran kerja yang selamat dan sihat dalam industri pembinaan. Laporan ini disediakan oleh Siril Aishah binti Sajari, Pensyarah Teknologi Pembinaan, dan sebarang pertanyaan boleh dihantar melalui e-mel di sirilaishah@kvsbkpm.edu.my.