Math – Boost Your Confidence

Math – Boost Your Confidence

Pada 23 Februari 2024, Unit Matematik telah menganjurkan program bertajuk “MATH – BOOST YOUR CONFIDENCE” di Makmal Sains 3. Aktiviti ini bertujuan untuk membantu pelajar yang menghadapi cabaran dalam subjek matematik.

Seramai 11 daripada 27 pelajar 2SVM dan 30 daripada 39 pelajar 1SVM telah menghadiri program ini. Aktiviti yang dijalankan termasuk mencari gambar tersembunyi dan menyelesaikan teka-teki.

Objektif utama program ini adalah untuk mendedahkan pelajar kepada kemahiran lain dalam matematik seperti fokus, keyakinan diri, penyelesaian masalah, patuh arahan, dan merancang strategi. Ini adalah langkah penting sebagai persediaan untuk cabaran yang lebih besar di masa depan.

Puan Fatimah (Ketua Jabatan Pengurusan Unit), Puan Sin (Ketua Unit), semua ahli unit matematik, dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung telah diberi penghargaan atas usaha mereka dalam menjayakan program ini.

Semoga program seumpama ini akan terus diadakan untuk memberi peluang kepada lebih ramai pelajar untuk meningkatkan kecekapan matematik mereka.