Tentatif program tersebut adalah seperti berikut:
6.30 – 7.30 malam:
– Persediaan Tempat
– Kehadiran pensyarah & pelajar.
7.30 – 9.00 malam:
– Solat Maghrib berjemaah
– Bacaan Yassin
– Solat Isyak berjemaah
9.00 – 10.00 malam:
– Jamuan makan
Alhamdulillah, malam tersebut menjadi saksi kepada kira-kira 100 orang pelajar dan pensyarah yang mengisi ruang Bengkel PPU untuk mengimarahkan aktiviti jamuan sempena kedatangan bulan Ramadhan yang bakal tiba.
Pihak pentadbir turut diucapkan terima kasih atas kebenaran yang diberikan untuk mengadakan program ini. Penghargaan juga diberikan kepada TPSA (Puan Widyahamiza), Ustaz Farhan, dan rakan-rakan sejawat PPU yang telah bekerja keras dan bersatu hati, serta kepada para pelajar yang turut serta membantu dan menyemarakkan aktiviti ini. Tahniah kepada semua!