Forum Talk MPP

Forum Talk MPP

Pada 24 Februari 2024, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kolej Vokasional ERT Setapak telah menganjurkan Forum Talk bertajuk “MPP Cemerlang, KV Terbilang” di Dataran Terbuka Kolej Vokasional ERT Setapak (KVERTS). Program ini bermula pada jam 10:00 pagi hingga 12:50 tengah hari.

Forum ini dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional ERT Setapak dan melibatkan pelajar dari Kolej Vokasional zon Wilayah & Selangor. Objektif forum ini adalah untuk meningkatkan tahap kepimpinan ahli Majlis Perwakilan Pelajar, memberi pendedahan pengalaman menjadi kesatuan mahasiswa di universiti, dan memperluaskan ilmu pengetahuan tentang sifat bertanggungjawab.

Program ini turut menyaksikan perasmian oleh Puan Hjh Majmin Bt Md Noor, pengetua cemerlang gred khas C (JUSA) Kolej Vokasional ERT Setapak. Selain itu, terdapat juga ucapan dan maklumat yang diberikan oleh panel jemputan.

Antara gambaran-gambaran forum tersebut termasuklah sambutan ahli MPP Kolej Vokasional ERT Setapak kepada para MPP dari zon tengah, perasmian forum oleh Puan Hjh Majmin Bt Md Noor, serta sesi bergambar bagi semua ahli MPP Kolej Vokasional zon tengah.

 

Laporan ini disediakan oleh Nur Amylea Balqis binti Rahmat Hussein, Setiausaha 1 MPP Kolej Vokasional ERT Setapak, dan sebarang pertanyaan boleh dihantar melalui e-mel di amylearahmat@gmail.com.