Pada 21 Februari 2024, Program Teknologi Pemesinan Industri di Kolej Vokasional Sungai Buloh (KVSB) telah menganjurkan sebuah program pembentangan mengenai Outcome-Based Education (OBE) yang disampaikan oleh Ketua Program Pemesinan Industri, En. Firdaus. Program ini dijalankan dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang di Bilik CNC Program Pemesinan Industri, KVSB.
Tujuan program ini adalah untuk meningkatkan pemahaman dan pemantapan OBE dalam kaedah penyampaian dan pentaksiran kepada pelajar. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk menerangkan tentang keperluan yang perlu dilaksanakan terhadap pencapaian pelajar dari segi pengetahuan, kefahaman, atau kemahiran untuk setiap kursus yang dipelajari. Program ini juga diadakan bagi menyedarkan keperluan pembangunan profesional berterusan dan melibatkan diri dalam pembelajaran sepanjang hayat.
Pelajar dan pensyarah turut serta dalam program ini dengan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada taklimat yang diberikan oleh En. Firdaus. Sesi perbincangan dan soal jawab turut diadakan untuk memastikan pemahaman yang lebih mendalam mengenai OBE.
Secara keseluruhan, aktiviti yang telah dijalankan ini telah mencapai objektif yang ditetapkan dengan memberi input tentang aspek penting tentang pelaksanaan OBE dalam kaedah penyampaian dan pentaksiran Diploma. Laporan ini disediakan oleh Ummu Afiqah binti Mohd Hilmin, Setiausaha Pemesinan Industri, dan sebarang pertanyaan boleh dihantar melalui e-mel di uafiqahilmin92@gmail.com.