Bengkel Automotif, 29 Februari 2024 – Program Automotif Kolej Automotif telah berjaya menganjurkan Pameran Inovasi Program MTA hari ini. Program yang bertajuk “Pameran Inovasi Program MTA” ini merupakan sebahagian daripada usaha untuk memberi pendedahan kepada pelajar terutamanya pelajar 1DVM, 2SVM, dan 1 SVM terhadap silibus dan objektif pembelajaran program.
Pameran ini telah bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 3.00 petang di Bengkel Automotif Kolej Automotif. Aktiviti ini dianjurkan oleh Program Automotif dan melibatkan penyertaan pelajar serta pensyarah.
Dalam aktiviti ini, Program Teknologi Automotif telah mengadakan pameran inovasi sempena Pembentangan Projek Tahun Akhir (PTA) pelajar 2DVM. Turut hadir dalam aktiviti ini adalah TAC Program (Tc. Azizol bin Adam) serta pensyarah-pensyarah MTA.
Program MTA telah berjaya memperkenalkan dan mempromosikan idea-idea baru terhadap produk, sistem, serta teknologi kepada pelajar-pelajar lain. Selain itu, pelajar dapat memanfaatkan pameran ini sebagai platform untuk mempamerkan inovasi, bertukar informasi antara peserta lain serta mencari peluang untuk penambahbaikan inovasi.
Pihak penyelaras inovasi program MTA, Azrulhisham bin Marjuni menyatakan, “Secara keseluruhan pameran seumpama ini dapat membantu mempersiapkan pelajar sebelum memasuki pasaran kerja yang terus berubah dengan teknologi, keterampilan digital, dan konsep-konsep baru yang relevan dengan industri sebenar.”
Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh dihantar kepada penyelaras inovasi program MTA melalui emel azrulhisham@kvsbkpm.edu.my.
Itulah berita terkini dari Pameran Inovasi Program MTA di Kolej Automotif. Saya Azrulhisham bin Marjuni melaporkan untuk Program Automotif.