Kolej Vokasional Sungai Buloh, 14 Februari 2024 – Pertandingan KVSkill Peringkat Program bagi bidang Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara telah berjaya diadakan dengan lancar di Bengkel Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara KVSB pada tarikh 14 Februari 2024. Program ini dianjurkan oleh Student Technologi Chapter Program Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara KVSB.
Program ini bertujuan untuk memilih wakil pelajar yang berkemahiran dalam bidang tersebut untuk mewakili KVSB dalam pertandingan KVSkill zon tengah. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengukur tahap kemahiran pelajar dalam bidang Penyejukan dan Penyamanan Udara yang dipelajari di kolej vokasional serta mewujudkan minat pelajar untuk menyertai pertandingan pada masa akan datang.
Program ini melibatkan pelajar dan pensyarah dari Program Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara KVSB. Dengan terlaksananya program ini, berbagai impak positif dapat diperolehi oleh setiap peserta termasuk pengalaman baru dalam menguji pengetahuan dan kemahiran mereka.
Selain itu, program ini turut membina jaringan sosial yang positif antara pensyarah dan peserta dengan penasihat industri program, En Mohd Tarmizi bin Mohd Yusoff. Perkongsian pengalaman yang luas dalam bidang tersebut secara tidak langsung dapat membantu pensyarah melatih peserta untuk pertandingan KVSkill peringkat zon tengah pada masa akan datang.
Penganjuran program ini juga memberi peluang kepada penganjur untuk mengasah bakat keimpinan mereka. Kemahiran menguruskan aktiviti yang dipelajari sewaktu mengikuti kursus supervisory management dapat membantu program ini dilaksanakan dengan lancar.
Rumusan program ini, dilaksanakan dengan jayanya dan mendapat kerjasama yang amat baik dari semua pihak terutama pensyarah dan pelajar Program Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara. Peserta yang layak untuk mewakili KVSB dalam pertandingan KVSkill zon tengah telah dikenalpasti, diharapkan mereka dapat melaksanakan tugas yang diberikan dengan baik dan membawa kejayaan kepada Kolej Vokasional Sungai Buloh.
Gambar 1: Para peserta sedang menyiapkan tugasan diberi.
Gambar 2: Peserta sedang menguji kebocoran terhadap projek yang dilaksanakan.
Gambar 3: Johan KV Skill peringkat program 2024.
Gambar 4: Juri jemputan memberikan ulasan terhadap projek yang dilaksanakan oleh peserta.
Oleh: Ruhaini Linda binti Jamil
Setiausaha, Program Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara KVSB
Email: ruhainilinda@kvsbkpm.edu.my