Simposium Kerjaya & Kewangan 2024

Simposium Kerjaya & Kewangan 2024

Kolej Vokasional Sungai Buloh, 28 Februari 2024 – Simposium Kerjaya & Kewangan 2024 telah berlangsung dengan jayanya di Surau At-Taqwa, KVSB pada tarikh 28 Februari 2024. Program ini dianjurkan oleh SINERGI BUDI DENGAN KERJASAMA TENAGA NASIONAL BERHAD dengan kerjasama UNIT PERHUBUNGAN DAN LATIHAN INDUSTRI.

Tujuan utama simposium ini adalah untuk memberi sesi perkongsian kesedaran perancangan kewangan kepada pelajar Diploma KVSB sebelum mereka menjalani latihan industri. Program ini melibatkan pelajar dan pensyarah dari KVSB.

Aktiviti simposium ini merangkumi sesi pendaftaran pelajar Diploma Vokasional Malaysia (DVM) dan sesi taklimat yang disampaikan oleh pihak Sinergi Budi. Melalui program ini, pelajar dapat menambah ilmu pengetahuan mengenai perancangan kewangan.

Rumusan aktiviti ini menunjukkan bahawa kesemua objektif telah tercapai dengan baik. Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan maklumat penting mengenai perancangan kewangan sebelum mereka melangkah ke alam pekerjaan.

 

Oleh: Qadratul Anis binti Faisol*

Setiausaha UPLI