Program Bersama Penasihat Akademik

Program Bersama Penasihat Akademik

Kolej Vokasional Sungai Buloh, 31 Januari 2024 – Program Teknologi Kimpalan di Kolej Vokasional Sungai Buloh (KVSB) telah menganjurkan Program Bersama Penasihat Akademik Program di Bengkel Kimpalan pada tarikh 31 Januari 2024.

Program ini bertujuan untuk melaksanakan semakan bahan Pentaksiran Berterusan (PB) serta semakan kurikulum Diploma Vokasional Malaysia (DVM). Aktiviti ini melibatkan pensyarah dan staf dari Program Teknologi Kimpalan, KVSB.

Melalui program ini, pensyarah dapat melakukan semakan bahan PB yang telah dilaksanakan serta melakukan penambahbaikan untuk meningkatkan kualiti Pengajaran dan Pembelajaran (PdPc). Selain itu, semakan dan teguran terhadap silibus dan Perancangan kursus DVM dapat dilaksanakan untuk tujuan penambahbaikan.

Rumusan aktiviti menunjukkan bahawa program telah mencapai objektif yang dirancang dengan berkesan.

Nama Pelapor: Norhayati binti Abu Hasan
Jawatan penyedia laporan: Penyelaras TAC Program
Email: norhayatiabuhasan@kvsbkpm.edu.my