Jom Masuk KV

Jom Masuk KV

Putrajaya, 1-4 Februari 2024 – Jawatankuasa Pameran dan Promosi KVSB telah menganjurkan Pameran Jom Masuk KV dan FMEC di Dataran Perbadanan Putrajaya dari 1 hingga 4 Februari 2024. Program ini dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), dan Badan Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah (BPLTV).

Tujuan utama pameran ini adalah untuk mempromosikan produk KVSB iaitu kereta formula sempena Putrajaya Open Day 2024 kepada orang awam. Selain itu, pameran ini juga bertujuan untuk memberikan maklumat lanjut mengenai kemasukan ke kolej vokasional serta halatuju pelajar selepas tamat pengajian.

Pameran ini melibatkan pelajar dan pensyarah dari KVSB. Melalui penglibatan dalam program ini, pelajar dapat melatih kemahiran interpersonal, kemahiran komunikasi, dan kemahiran lain yang berkaitan. Ketua Program Teknologi Automotif dapat memberikan maklumat terkini mengenai KV dan menjelaskan kepada orang awam mengenai pembangunan kereta formula.

Rumusan pameran ini menunjukkan bahawa pelajar dan pensyarah yang terlibat telah memberikan maklumat terkini mengenai KV serta meningkatkan publisiti KVSB kepada orang awam.

Nama Pelapor: AIMAN MUHARRAM BIN ZULRAIDI

Jawatan penyedia laporan: Ketua Program Teknologi Automotif

Email: aimanmuharram@kvsbkpm.edu.my