Aktiviti Ibubapa Bersama Pelajar

Aktiviti Ibubapa Bersama Pelajar

Kolej Vokasional Sungai Buloh, 10 Oktober 2023 – Kelab Student Chapter (STC) Program Teknologi Pemesinan Industri telah menganjurkan Aktiviti & Sumbangan Ibubapa Bersama Pelajar serta Pensyarah di Bengkel Teknologi Pemesinan Industri. Aktiviti ini bermula pada 10 Oktober 2023 dan berakhir pada 10 Februari 2024.

Tujuan utama program ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim antara ibubapa, pelajar, dan pensyarah bagi Program Teknologi Pemesinan Industri. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk melahirkan perasaan muhibbah dan amalan baik dengan meraikan para pelajar dan pensyarah. Turut dibincangkan adalah permasalahan disiplin pelajar terutamanya bagi program Teknologi Pemesinan Industri.

Wakil ibubapa hadir memberi sumbangan makanan dan minuman serta cenderamata kepada pensyarah MPI

Aktiviti ini melibatkan pelajar dan pensyarah dari program tersebut serta wakil ibubapa pelajar. Para wakil ibubapa turut hadir memberi sumbangan makanan, minuman, dan cenderamata kepada pensyarah Teknologi Pemesinan Industri.

Dalam gambar-gambar yang dirakam, dapat dilihat wakil ibubapa hadir memberi sumbangan serta para pensyarah dan pelajar sedang menjamu selera. Aktiviti ini telah mengeratkan hubungan silaturrahim antara ibubapa, pelajar, dan pensyarah, serta dianggap amat baik demi kemajuan pelajar Program Teknologi Pemesinan Industri di masa akan datang.


Nama Pelapor: MOHD FIRDAUS BIN AB RAHMAN
Jawatan penyedia laporan: Ketua Program, Teknologi Pemesinan Industri
Email: mohdfirdaus@kvsbkpm.edu.my