Mesyuarat Agung Persatuan Alumni KSK

Mesyuarat Agung Persatuan Alumni KSK

16 Mac 2024 – Mesyuarat Agung Persatuan Alumni KSK Bil: 1/2024 telah berlangsung dengan jayanya pada tarikh 16 Mac 2024. Mesyuarat ini adalah inisiatif daripada Jabatan Teknologi Maklumat KVSB untuk membina hubungan yang erat antara alumni dengan program tersebut.

Tujuan utama mesyuarat ini adalah:

i) Melantik jawatankuasa baru yang dapat menjalankan tanggungjawab dalam menyediakan platform terbaik untuk program.

ii) Membina ukhwah dan jalinan komunikasi antara Alumni dan Program Teknologi Maklumat KVSB.

Mesyuarat tersebut telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Pemilihan pimpinan baru telah dilaksanakan, membolehkan mereka meneruskan program yang telah dirancang oleh pihak KVSB. Selain itu, mesyuarat ini memberi peluang kepada alumni untuk berkongsi cadangan bagi program yang bakal dijalankan pada masa akan datang.

Dalam gambar-gambar yang dirakam, terlihat suasana mesyuarat, termasuk sesi kata-kata aluan, ucapan terima kasih dari ketua program kepada semua alumni dan pensyarah yang hadir, perasmian Mesyuarat Agong Alumni kali-1 2024, dan penutupan majlis.

Rumusan mesyuarat ini menunjukkan bahawa ia telah mencapai objektif yang ditetapkan, membawa impak positif kepada hubungan antara alumni dan Program Teknologi Maklumat KVSB.

Nama Pelapor: Masyiviranis binti Mohd Zain

Jawatan penyedia laporan: Penyelaras Alumni Program
Email: masyiviranis_mohdzain@kvsbkpm.edu.my