Mesyuarat Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

Mesyuarat Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

Kolej Vokasional Sungai Buloh, 15 Februari 2024 – Mesyuarat Jawatankuasa Bantuan Peringkat Sekolah Pilihan Murid-Murid Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Bilangan 1 Tahun 2024 telah berlangsung di Bilik Galeri KVSB pada tarikh 15 Februari 2024. Mesyuarat ini dianjurkan oleh Kerajaan Malaysia dan merupakan peringkat kolej.

Perbincangan sedang dijalankan bersama YDP PIBG En Khairul Annuar

Tujuan mesyuarat ini adalah untuk membincangkan pelaksanaan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang bertujuan untuk meringankan beban persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga. Mesyuarat ini melibatkan penyertaan pelajar.

Dalam mesyuarat ini, perbincangan telah dijalankan bersama YDP PIBG, En. Khairul Annuar, dan pensyarah berkaitan pengurusan pengagihan wang BAP. Minit mesyuarat jawatankuasa BAP telah disusun bagi mencatatkan keputusan dan langkah seterusnya yang perlu diambil.

Kerajaan Malaysia percaya bahawa Bantuan Awal Persekolahan (BAP) dapat membantu meringankan beban pembelajaran ibu bapa atau penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi persekolahan akan datang.

Rumusan mesyuarat ini menunjukkan bahawa aktiviti yang dilaksanakan telah mencapai objektif yang ditetapkan.


Nama Pelapor: Ummu Afiqah binti Mohd Hilmin
Jawatan penyedia laporan: Setiausaha Hal Ehwal Pelajar
Email: uafiqahilmin92@gmail.com