Pesona Inovasi Shah Alam 2023

Pesona Inovasi Shah Alam 2023

Shah Alam, 12 Disember 2023 – Program Teknologi Automotif di Kolej Vokasional Sungai Buloh (KVSB) telah menyertai Pesona Inovasi Shah Alam 2023 yang berlangsung di Dewan Bankuet Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada tarikh 12 Disember 2023. Program ini dianjurkan oleh MBSA dan merupakan peringkat kebangsaan.

En. Aiman Muharram (pensyarah) bergambar bersama pelajar.

Tujuan utama program ini adalah untuk memupuk budaya berinovasi di kalangan pelajar automotif KVSB. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk meningkatkan keyakinan pelajar dan kemahiran interpersonal semasa membentangkan projek inovasi.

Pelajar dan pensyarah dari Program Teknologi Automotif KVSB telah mengambil bahagian dalam acara ini. Mereka telah memberikan penerangan kepada panel penilai mengenai projek inovatif yang mereka hasilkan.

Penerangan mengenai produk inovasi kepada panel penilai.

Dalam Pesona Inovasi Shah Alam 2023, KVSB telah meraih tempat pertama dan tempat kedua dalam pertandingan tersebut. Kejayaan ini menunjukkan bahawa pelajar telah dapat mengembangkan kreativiti inovasi dengan baik.

Rumusan program ini menunjukkan bahawa aktiviti telah mencapai objektif yang dikehendaki, serta memberi peluang kepada pelajar untuk menonjolkan bakat dan kebolehan mereka dalam bidang automotif.


Nama Pelapor: AIMAN MUHARRAM BIN ZULRAIDI
Jawatan penyedia laporan: Penolong Ketua Program Automotif
Email: aimanmuharram@gmail.com