Smart Solat

Smart Solat

Smart Solat

Pada 21 Mac 2024, Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Seri Bahagia (KVSB) telah menganjurkan program “Smart Solat”. Program ini bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengah hari bertempat di Surau At-Taqwa KVSB. Program ini dianjurkan oleh Exco Kerohanian dan Kebajikan dengan melibatkan pelajar kolej.

Objektif Program / Aktiviti
  1. Memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan menjaga solat.
  2. Memberi tunjuk ajar kepada pelajar tentang cara solat yang benar.
Lain-lain Pencapaian

Tiada pencapaian lain yang dicatatkan.

Impak Program / Aktiviti

Program ini memberi impak yang positif kepada pelajar dengan memperkenalkan mereka kepada cara solat yang betul. Para pelajar juga diinsafkan tentang akibat meninggalkan solat dengan sengaja, yang membantu meningkatkan kesedaran mereka tentang kepentingan menjaga solat dalam kehidupan seharian.

Rumusan

Program “Smart Solat” berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Para pelajar memberikan kerjasama yang baik sepanjang program berlangsung.