Pada 24 April 2024, Jabatan Teknologi Mekanikal dan Pembuatan dari Kolej Vokasional Sungai Buloh telah menganjurkan Jamuan Raya bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri. Program ini bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 3.00 petang bertempat di Bengkel Teknologi Automotif KVSB. Aktiviti ini melibatkan pelajar, pensyarah, dan staf dari seluruh jabatan.
Seawal pagi, para pensyarah dan pelajar mula berkumpul di bengkel. Hiasan berwarna-warni dan lagu-lagu raya berkumandang menceriakan suasana. Program ini bukan sahaja bertujuan untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri tetapi juga untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara para pensyarah, staf, dan pelajar. Mereka beramah mesra, bertukar-tukar cerita dan menikmati pelbagai hidangan tradisional raya yang disediakan.
Jamuan Raya ini berjalan dengan lancar dan penuh keceriaan. Kerjasama antara pensyarah dan pelajar dalam menyelenggarakan program ini menunjukkan betapa pentingnya kerja berpasukan. Program ini bukan sahaja mencapai objektif yang ditetapkan tetapi juga memberikan kenangan manis kepada semua yang terlibat. Semangat Hari Raya yang ditunjukkan dalam program ini diharapkan dapat terus menyemarakkan semangat kebersamaan di masa hadapan.