Jemputan Pempamer Sempena Karnival TVET 2024 Peringkat Negeri WP Kuala Lumpur
Pada 21 Mei 2024, Program Teknologi Elektrik telah menyertai Karnival TVET 2024 Peringkat Negeri WP Kuala Lumpur yang berlangsung di Dewan Utama SMTKL. Acara ini dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang, melibatkan pelajar dan pensyarah dari pelbagai institusi.
Karnival TVET ini bertujuan untuk memperkenalkan teknologi dan inovasi terbaru dalam bidang teknikal dan vokasional kepada khalayak umum, pelajar, dan pihak industri. Program ini juga memberi peluang kepada pengusaha dan pelajar untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan inovatif mereka, sekaligus meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pendidikan TVET dan peluang kerjaya yang berkaitan di kalangan masyarakat.
Antara objektif utama program ini termasuk menggalakkan pertukaran ilmu, membangun jaringan dan kolaborasi antara institusi pendidikan, industri, dan pihak berkuasa, serta mendapatkan maklum balas yang konstruktif dari pengunjung mengenai produk atau inovasi yang dipamerkan. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk menggalakkan kreativiti dan inovasi serta meningkatkan daya saing pengusaha dan pelajar dengan perkembangan teknologi terkini.
Pencapaian: Penyertaan dalam karnival ini telah membolehkan pelajar bertukar-tukar pendapat dan pengalaman bersama pelajar dari kolej lain, memperkukuh jaringan dan kolaborasi antara institusi.
Impak Program: Pelajar dapat bertukar-tukar pendapat dan pengalaman bersama pelajar dari kolej lain, memperluas pengetahuan dan memupuk semangat inovasi.
Rumusan: Aktiviti yang telah dilaksanakan telah mencapai objektif yang telah ditetapkan, memberikan manfaat yang besar kepada peserta dan pengunjung, serta memajukan bidang pendidikan teknikal dan vokasional.
Gambar 1: Caption: Booth KVSB yang disediakan untuk pameran
Gambar 2: Caption: Sesi penerangan projek kepada pelawat yang datang
Gambar 3: Caption: Sesi penerangan projek kepada pelawat yang datang
Gambar 4: Caption: Pelawat yang hadir akan mengisi buku rekod pelawat
Laporan ini disediakan oleh Qadratul Anis binti Faisol, Setiausaha Program Teknologi Elektrik.