PERAKAUNAN

PERAKAUNAN

Pada 19 hingga 23 Februari 2024, Program Perakaunan Kolej Vokasional Sungai Buloh (KVSB) telah mengadakan acara “Minggu Perakaunan”. Program ini berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 3.00 petang setiap hari di KVSB. Aktiviti ini dianjurkan oleh pihak kolej dengan melibatkan pelajar dan pensyarah dari Program Perakaunan.

Objektif Program / Aktiviti
  1. Membudayakan kemahiran menyediakan catatan bergu untuk sesuatu urusniaga (PLO1).
  2. Menguji kesediaan dan kemahiran peserta dalam menyelesaikan masalah (PLO2).
  3. Mengenal pasti tahap kemahiran dan pemahaman peserta dalam konsep perakaunan (PLO2).
  4. Mengenal pasti penambahbaikan latihan kemahiran yang perlu ditingkatkan di setiap pusat latihan dan pengajian tinggi (PLO6).
Pencapaian / Kedudukan

Program ini memberi fokus kepada penyertaan pelajar dan pensyarah dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan.

Impak Program / Aktiviti

Pelajar dapat mengetahui tahap kemahiran dan kesediaan mereka dalam menyelesaikan sesuatu masalah dengan menggunakan ilmu pengetahuan yang telah dipelajari di kolej vokasional. Program ini juga membantu mengenal pasti penambahbaikan yang diperlukan dalam latihan kemahiran.

Rumusan

Aktiviti yang dijalankan sepanjang “Minggu Perakaunan” telah mencapai objektif yang diharapkan. Pelajar dan pensyarah menunjukkan penyertaan yang aktif dan memberikan maklum balas yang positif terhadap program ini.