Pada 17 Mei 2024, Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Sungai Buloh telah menganjurkan Sambutan Hari Guru Peringkat Kolej. Program ini bermula pada jam 8:00 pagi dan berakhir pada jam 11:00 petang bertempat di Surau At-Taqwa KVSB. Aktiviti ini melibatkan pelajar dan pensyarah dari seluruh kolej.
Objektif Program / Aktiviti
- Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
- Mengenang dan membalas jasa guru-guru yang telah mencurahkan ilmu kepada para pelajar.
Hari Guru diadakan adalah untuk memberi penghargaan yang dirasakan sesuai dengan jasa dan pengorbanan seorang pendidik atas tugas-tugas yang telah diamanahkan. Perjuangan guru-guru patut dihargai atas usaha mereka untuk memberi kejayaan di masa akan datang kepada agama, bangsa, dan negara Malaysia.