Ride Santai Pensyarah dan Staff KVSB

Ride Santai Pensyarah dan Staff KVSB

Pada tarikh 19 Mei 2024, Kelab Pensyarah & Staff KVSB 2024 telah mengadakan “Ride Santai Pensyarah dan Staff KVSB ke Restoran Lembah Bernam” di Sekinchan. Acara ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di antara pensyarah dan staff KVSB.

Objektif dan Impak Program

Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan hubungan sosial dan profesional di kalangan pensyarah dan staff KVSB. Melalui penyertaan dalam aktiviti ini, terdapat beberapa impak yang diperolehi:

  • Pensyertaan Aktif: Pensyarah dan staff KVSB dapat menghabiskan masa bersama di luar persekitaran kolej, yang membantu dalam mempereratkan hubungan persaudaraan.
  • Bertukar Pendapat dan Pengalaman: Acara ini memberi peluang kepada peserta untuk bertukar pendapat, pengalaman, serta menyemai semangat kerjasama yang lebih baik.

Rumusan

“Ride Santai Pensyarah dan Staff KVSB ke Restoran Lembah Bernam” telah berjaya mencapai objektif untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di antara pensyarah dan staff KVSB. Aktiviti ini memberi peluang kepada peserta untuk berinteraksi secara santai di luar konteks akademik, yang pada gilirannya memperkukuhkan kualiti hubungan di dalam kolej.

Laporan disediakan oleh:

Elli Amirah Binti Azlan
Setiausaha Kelab Pensyarah dan Staff KVSB 2024