Program Gotong Royong Program Teknologi Elektrik Tahun 2024
Pada 23 Mei 2024, Program Teknologi Elektrik telah menganjurkan satu program gotong royong bertempat di Bengkel Teknologi Elektrik. Program ini bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 3.00 petang dengan penyertaan daripada para pelajar dan pensyarah program tersebut.
Objektif utama program ini adalah untuk mendedahkan kepada pelajar tentang kepentingan menjaga dan mengemaskini keadaan bengkel dan stor peralatan sebelum dan selepas menggunakannya. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama antara pelajar dan pensyarah dalam menjaga kebersihan dan kerapian bengkel.
Program yang berlangsung selama enam jam ini tidak melibatkan sebarang pencapaian khusus tetapi telah memberikan impak yang besar kepada semua yang terlibat. Pelajar dan pensyarah bekerjasama mengemas bengkel dan stor peralatan, yang mana telah memudahkan semua pihak untuk menggunakannya pada masa akan datang. Aktiviti yang dilaksanakan ini berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Gambar 1:Selepas sesi gotong-royong
Gambar 2:Selepas sesi gotong-royong
Gambar 3:Selepas sesi gotong-royong