LAPORAN: GOTONG ROYONG MADANI DI KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI BULOH
Pada 24 Mei 2024, Kolej Vokasional Sungai Buloh telah mengadakan program Gotong Royong Madani di Makmal Perakaunan dan Bilik Simulasi. Program ini dijalankan dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 Tengah Hari dengan penyertaan aktif dari pelajar, pensyarah, dan staf kolej.
Objektif Program/ Aktiviti:
Program Gotong Royong Madani ini bertujuan utama untuk:
- Meningkatkan tahap kebersihan, keceriaan, dan keselematan di Kolej Vokasional Sungai Buloh.
- Memupuk semangat kebersihan dan keselamatan diri di kalangan pelajar dan pensyarah.
- Meningkatkan ukhuwah antara pensyarah, staf, dan pelajar.
Pelaksanaan Aktiviti:
Aktiviti gotong royong telah dijalankan dengan penuh semangat kerjasama dan kebersamaan. Pelajar, pensyarah, dan staf secara bergotong-royong membersihkan dan merapihkan makmal perakaunan serta bilik simulasi. Langkah-langkah pembersihan telah diambil sejak awal pagi untuk memastikan kebersihan tempat pembelajaran.
Impak Program/ Aktiviti:
Melalui pelaksanaan program ini, suasana pembelajaran di Kolej Vokasional Sungai Buloh dapat ditingkatkan dengan mencipta persekitaran yang lebih kondusif dan selesa bagi pelajar. Usaha ini turut membawa kesan positif dalam meningkatkan semangat berpasukan di kalangan pensyarah dan staf, serta mempereratkan hubungan ukhuwah di antara komuniti kolej.