Pesta Candat Sotong TVET 2024

Pesta Candat Sotong TVET 2024

Pada tarikh 25 Mei 2024 hingga 26 Mei 2024, Kelab Pensyarah & Staff KVSB 2024 telah mengadakan “Pesta Candat Sotong TVET 2024” di Pulau Duyung Terengganu. Acara ini dianjurkan oleh Kolej Vokasional Wakaf Tembesu dan melibatkan pensyarah dan staf dari KVSB.

Objektif dan Impak Program

Objektif utama program ini adalah untuk mengeratkan hubungan antara pensyarah dan staf Kolej KVSB bersama-sama dengan kolej-kolej vokasional lain. Melalui penyertaan dalam aktiviti ini, terdapat beberapa pencapaian dan impak yang diperolehi:

  • Pensyertaan: Pensyarah dan staf KVSB berpeluang untuk berkongsi pengalaman dan mengukuhkan hubungan sosial mereka.
  • Berkongsi Pengalaman: Acara ini memberi platform kepada peserta untuk bertukar-tukar pendapat dan pengalaman, yang membantu dalam peningkatan kerjasama di kalangan kolej-kolej vokasional.

Rumusan

Pesta Candat Sotong TVET 2024 telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dengan penyertaan yang aktif daripada pensyarah dan staf KVSB. Aktiviti ini bukan sahaja menyemarakkan hubungan di dalam kolej sendiri tetapi juga merapatkan jurang di antara kolej-kolej vokasional yang lain.

Laporan disediakan oleh:

Elli Amirah Binti Azlan
Setiausaha Kelab Pensyarah dan Staff KVSB 2024