Laporan Sportcheck Perhimpunan oleh Exco Pembangunan Sahsiah dan Akademik
Pada 11 Jun 2024, Kolej Vokasional Sungai Buloh (KVSB) telah mengadakan sesi Sportcheck di Tapak Perhimpunan. Sportcheck ini dianjurkan oleh Exco Pembangunan Sahsiah dan Akademik dengan tujuan utama untuk mengukur tahap kedisiplinan dan kepatuhan pelajar terhadap peraturan kolej.
Sportcheck bermula seawal jam 7.40 pagi dengan persiapan oleh pihak pengurusan dan Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Sesi Sportcheck pelajar bermula tepat pada jam 8.10 pagi dengan penyeliaan ketat dari Cg Penasihat dan Ahli MPP dalam memastikan pelaksanaan yang sistematik.
Sportcheck ini merupakan satu inisiatif yang penting dalam menegakkan disiplin di kalangan pelajar KVSB. Aktiviti ini tidak hanya memberi pengajaran kepada pelajar tentang pentingnya mematuhi peraturan yang telah ditetapkan, tetapi juga sebagai platform untuk mengukur kepatuhan pelajar terhadap arahan dan prosedur kolej.
Dalam sesi Sportcheck, pelajar telah dinilai berdasarkan kehadiran, pakaian seragam, dan sikap ketika berada di Tapak Perhimpunan. Meskipun tiada kedudukan atau pencapaian formal, impak program ini adalah dalam memastikan kesedaran dan pengukuhan terhadap nilai-nilai disiplin di kalangan pelajar.
Diharapkan dengan adanya Sportcheck ini, pelajar-pelajar KVSB dapat terus mengekalkan dan meningkatkan tahap kepatuhan mereka terhadap peraturan kolej, memastikan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan teratur.