Majlis Jamuan Kasih Haruman Budi Pn. Sin Sau Kham

Majlis Jamuan Kasih Haruman Budi Pn. Sin Sau Kham

Majlis Jamuan Kasih Haruman Budi sempena persaraan Pn. Sin Sau Kham telah berlangsung dengan meriah pada 28 Jun 2024 di Bilik Galeri KVSB. Majlis yang bertemakan warna merah ini dihadiri oleh rakan-rakan sekerja, pelajar-pelajar, serta keluarga terdekat Pn. Sin Sau Kham.

Sepanjang majlis, pelbagai ucapan penghargaan dan kenangan manis dikongsi oleh mereka yang pernah bekerjasama dan menerima bimbingan daripada beliau. Dedikasi dan komitmen Pn. Sin Sau Kham sebagai Ketua Unit Sains & Matematik di Jabatan Pendidikan Umum tidak dapat dinafikan dan akan terus dikenang.

Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Pn. Sin Sau Kham atas segala jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan. Semoga beliau menikmati masa persaraan dengan penuh kebahagiaan dan kesejahteraan. Selamat bersara, Pn. Sin Sau Kham!