Lawatan Penilaian Kitaran Baharu Akreditasi Penuh Program Diploma Teknologi oleh MBOT Hari Pertama
Pada tarikh 10 Julai 2024 hari rabu, Malaysia Board of Technologist (MBOT) telah mengadakan lawatan ke Kolej Vokasional Sungai Buloh. Lawatan ini berlangsung dari pukul 8.30 pagi hingga 5.00 petang. Tujuan lawatan ini ialah untuk Penilaian Kitaran Baharu Akreditasi Penuh Program Diploma Teknologi.
Kedatangan Sekretariat dan panel akreditasi MBOT disambut oleh JK Unit Perhubungan Awam.
Pada pukul 8.30 pagi, dimulai dengan taklimat oleh pemberi pendidikan mengenai latar belakang dan program-program yang terlibat
Pada pukul 9.30 pagi, pihak KVSB telah memberi lawatan kepada MBOT ke tempat kemudahan seperti Perpustakaan,pusat sumber, makmal komputer, bilik kaunseling, Bengkel yang terlibat dan termasuk bertemu dengan pegawai yang bertanggungjawab. Selepas itu, Panel akreditasi berjumpa dengan semua penyelaras program yang terlibat. Panel akreditasi juga lakukan semakan dokumen program-program yang terlibat.
Gambar Panel akreditasi melawat tempat kemudahan
Semua yang terlibat dengan lawatan ini berehat dari pukul 1.00 tengah hari hingga 2.00 tengah hari.
Selepas habis rehat, Panel akreditasi berjumpa dengan pelajar secara berkumpulan.
Selepas itu, Panel akreditasi membuat perjumpaan dengan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Majlis tamat pada pukul 5.00 petang