Lawatan Penilaian Akreditasi Oleh MBOT Hari Ke-2

Lawatan Penilaian Akreditasi Oleh MBOT Hari Ke-2

Pada tarikh 11 Julai 2024 hari Khamis, Malaysia Board of Technologist (MBOT) telah mengadakan lawatan ke Kolej Vokasional Sungai Buloh untuk penilaian akreditasi kali kedua. Lawatan ini berlangsung dari pukul 8.30 pagi hingga 5.00 petang. Tujuan lawatan ini ialah untuk Penilaian Kitaran Baharu Akreditasi Penuh Program Diploma Teknologi.

Pada pukul 8.30 pagi, selepas sekretariat dan panel akreditasi sudah sampai yang disambut oleh JK Unit Perhubungan Awam, Program dimulakan dengan mesyuarat penyelarasan bersama sekretariat dan panel akreditasi

Panel akreditasi membuat perjumpaan dengan staf akademik dan juga membuat semakan portfolio kursus,kertas soalan dan jawapan peperiksaan. Mereka juga membuat perjumpaan dengan penyelaras program yang terlibat .

Pada pukul 10.30 pagi, program sesi triangulasi bersama Ketua Unit Jaminan Kualiti dan pengurusan tertinggi (peruntukan,perancangan,pemantauan kualiti) berlangsung. Selepas itu, Mesyuarat penyelarasan bersama sekretariat dan panel akreditasi berlangsung kali ke-2 untuk hari ini.

Rehat berlangsung dari pukul 1.00 tengah hari hingga 2.00

Selepas habis rehat, Program mesyuarat penutup bersama program menggunakan komunikasi 2 hala dilangsungkan. Selepas itu, Mesyuarat penyelarasan semua program yang terlibat bersama sekretariat dan panel akreditasi berlangsung kali ke-3 untuk hari ini.

Program yang terakhir untuk lawatan ini ialah mesyuarat penutup bersama pemberi pendidikan dengan cara komunikasi sehala.

Maka, tamat lah Lawatan ini dari MBOT pada pukul 5.00 petang