Kursus Kepimpinan MPP KVSB

Kursus Kepimpinan MPP KVSB

Sekinchan, Selangor, 21 Julai 2024 – Majlis Perwakilan Pelajar KVSB baru-baru ini mengadakan Kursus Kepimpinan yang bertempat di Kem de Rimbun Inn Resort, Sekinchan, Selangor dari 19 Julai hingga 21 Julai 2024. Acara yang dianjurkan oleh Unit Pengurusan Kolej Kediaman ini bertujuan untuk memperkasa potensi kepimpinan dalam kalangan ahli MPP.

Menurut pengarah kursus, tujuan utama kursus ini adalah untuk melahirkan ahli MPP yang berkualiti sebagai pemimpin. Selain itu, kursus ini juga bertujuan untuk melatih ahli MPP dalam menyelesaikan masalah secara kreatif, inovatif, dan efektif. Para peserta juga diberi motivasi untuk menginspirasi pelajar lain agar mempunyai semangat kepemimpinan yang kuat.

Kursus yang mengumpulkan lebih dari 50 ahli MPP dari pelbagai kolej di seluruh KVSB ini turut menyediakan platform untuk berinteraksi, berkongsi pengalaman, dan memperluaskan jaringan antara ahli MPP yang terlibat.

Ahli MPP yang hadir menyambut baik inisiatif ini, dengan harapan kursus ini dapat memberi mereka kemahiran dan pengetahuan tambahan dalam menjalankan tugas sebagai wakil pelajar di kolej masing-masing.