Program Perkongsian Ilmu Bersama Industri Sempena Minggu OBE 2024 1 DVM ETE

Program Perkongsian Ilmu Bersama Industri Sempena Minggu OBE 2024 1 DVM ETE

Sungai Buloh, 26 Julai 2024 – Program Teknologi Elektrik telah menganjurkan Program Perkongsian Ilmu Bersama Industri sempena Minggu OBE 2024. Program ini berlangsung di Bilik Kuliah dan Bengkel Teknologi Elektrik dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari, melibatkan pelajar dan pensyarah dalam sesi interaksi bersama wakil industri.

Objektif Program

Program ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar dan pensyarah kepada pengalaman industri serta membolehkan mereka berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam bidang yang berkaitan. Melalui program ini, pelajar dapat memahami lebih lanjut tentang keperluan dan cabaran industri serta mempersiapkan diri untuk memasuki dunia pekerjaan.

Impak Program

Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk bertukar pendapat dan mengadakan sesi soal jawab bersama pihak industri. Interaksi ini membantu pelajar mendapatkan maklumat terkini mengenai industri dan meningkatkan pemahaman mereka tentang aplikasi praktikal dalam bidang teknologi elektrik.

Rumusan Program

Aktiviti yang dilaksanakan berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan. Sesi perkongsian ilmu ini bukan sahaja bermanfaat untuk pelajar tetapi juga memberi peluang kepada pensyarah untuk mengukuhkan hubungan dengan pihak industri, yang seterusnya dapat membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Disediakan oleh: Qadratul Anis Binti Faisol
Setiausaha Program Teknologi Elektrik