Teknik Menjawab Soalan Teori PA Vokasional

Teknik Menjawab Soalan Teori PA Vokasional

Pada hari Selasa, 30 Julai 2024, telah diadakan sesi Teknik Menjawab Soalan Teori PA Vokasional (BAK-1SVM Semester 1). Sesi ini berlangsung dari pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Aktiviti ini bertujuan untuk memberikan panduan dan strategi kepada pelajar dalam menjawab soalan teori yang akan dihadapi dalam peperiksaan. Pelajar-pelajar telah diberi peluang untuk mempelajari teknik-teknik yang berkesan dalam memahami dan menjawab soalan dengan tepat.

Sesi ini diharapkan dapat membantu pelajar meningkatkan kemahiran mereka dalam menjawab soalan peperiksaan dan mencapai keputusan yang cemerlang. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan sesi ini.