Laporan Jemputan Kejohanan Boling Tertutup NUTP Selangor Sempena Jubli Emas NUTP Malaysia

Laporan Jemputan Kejohanan Boling Tertutup NUTP Selangor Sempena Jubli Emas NUTP Malaysia

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera,

Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara di atas, saya ingin memaklumkan bahawa NUTP Selangor akan mengadakan Kejohanan Boling Tertutup sempena Jubli Emas NUTP Malaysia. Surat jemputan rasmi juga telah disertakan untuk makluman dan rujukan saudara/saudari.

Kejohanan ini terbuka kepada kategori lelaki dan perempuan dengan penyertaan terhad kepada 80 tempat sahaja. Setiap peserta yang mendaftar dikenakan yuran pendaftaran sebanyak RM20.00 dan akan menerima sehelai t-shirt eksklusif Jubli Emas NUTP serta sijil penyertaan. Makanan dan kasut akan disediakan oleh NUTP Selangor, namun peserta diminta untuk membawa stokin sendiri.

Bagi ahli yang berminat, sila lengkapkan maklumat menggunakan pautan di bawah sebelum atau pada 10 Ogos 2024: https://forms.gle/uKwssmkUBbXNpo4V7

Perhatian dan kerjasama saudara/saudari amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“NUTP PELINDUNG & PEMBELA GURU DULU, KINI & SELAMANYA”