International Student Invention Innovation Development Exhibition Competition: Kejayaan Cemerlang Pelajar Teknologi Pemesinan Industri

International Student Invention Innovation Development Exhibition Competition: Kejayaan Cemerlang Pelajar Teknologi Pemesinan Industri

Shah Alam, 20 Ogos 2024 – Pertandingan International Student Invention Innovation Development Exhibition Competition telah diadakan di Dewan Mawar Qaseh, UiTM Shah Alam. Acara ini bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang, melibatkan pelajar dan pensyarah dari pelbagai institusi untuk mempersembahkan projek inovasi mereka di peringkat kebangsaan.

Objektif Program

Program ini bertujuan meningkatkan kemahiran praktikal pelajar serta mendorong kreativiti dalam menghasilkan projek inovasi. Ia menyediakan platform kepada pelajar untuk mengemukakan idea kreatif dan membangunkan projek yang mampu menghasilkan penemuan baru atau penambahbaikan terhadap sesuatu projek sedia ada.

Pencapaian Peserta

Pelajar dari Teknologi Pemesinan Industri berjaya meraih pingat perak dalam pertandingan ini. Projek “Plastik Shredder Mesin” yang dibentangkan oleh peserta telah menarik perhatian juri dan pengunjung, memenangi tempat Silver dan sijil penghargaan. Pencapaian ini mencerminkan dedikasi dan kreativiti pelajar dalam menghasilkan inovasi yang praktikal dan relevan.

Impak Program

Pertandingan ini menjadi platform yang amat berkesan untuk pelajar mempamerkan projek mereka kepada khalayak yang lebih luas, termasuk pakar industri. Selain memberi peluang kepada pelajar untuk mengasah kemahiran praktikal mereka, ia juga membantu dalam membina keyakinan dan memotivasi mereka untuk terus berkarya dalam bidang inovasi.

Rumusan Program

Secara keseluruhan, aktiviti ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Pelajar menunjukkan komitmen tinggi dan daya cipta yang luar biasa, menjadikan program ini sebagai satu kejayaan besar dalam mendorong budaya inovasi di kalangan pelajar.

Gambar Program

  1. Gambar 1: Peserta sedang membentangkan projek kepada pengunjung.
  2. Gambar 2: Peserta bersama projek inovasi Plastik Shredder Mesin.
  3. Gambar 3: Projek ini telah memenangi Silver.
  4. Gambar 4: Peserta dan pensyarah pengiring bergambar bersama di akhir sesi.

Disediakan oleh: Ummu Afiqah Binti Mohd Hilmin
Setiausaha Teknologi Pemesinan Industri