Pertandingan Electrical Installation KV Skills Zon Selangor dan Wilayah Persekutuan Kali Ke-8 Tahun 2024

Pertandingan Electrical Installation KV Skills Zon Selangor dan Wilayah Persekutuan Kali Ke-8 Tahun 2024

Kuala Langat, 20 Ogos 2024 – Pertandingan Electrical Installation KV Skills Zon Selangor dan Wilayah Persekutuan Kali Ke-8 Tahun 2024 telah diadakan di Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad. Pertandingan ini bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang, dengan penyertaan aktif dari pelajar-pelajar dalam bidang kemahiran elektrik.

Objektif Program

Pertandingan ini dianjurkan untuk memilih dan mengiktiraf pelajar yang memiliki kemahiran tinggi dalam bidang electrical installation. Selain itu, ia bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan kemahiran teknikal dalam pembangunan negara, sekaligus meningkatkan daya saing pelajar dalam bidang yang diceburi.

Pencapaian Peserta

Pasukan yang mewakili Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad berjaya meraih tempat kelima dalam pertandingan ini. Walaupun tidak berada di kedudukan teratas, pencapaian ini menunjukkan kemampuan peserta dalam bersaing dengan peserta lain dari kolej vokasional seluruh zon.

Impak Program

Pertandingan ini memberi impak yang positif dalam melahirkan pelajar yang berkemahiran tinggi dan berdaya saing. Pelajar-pelajar yang terlibat dapat mengasah kemahiran praktikal mereka, sekali gus mempersiapkan diri untuk industri pekerjaan yang semakin mencabar. Pengiktirafan yang diterima membantu membina keyakinan pelajar untuk terus maju dalam bidang kemahiran.

Rumusan Program

Secara keseluruhan, pertandingan ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Para peserta menunjukkan prestasi yang baik dan saingan yang hebat, membuktikan komitmen dan semangat mereka dalam bidang kemahiran elektrik.

Disediakan oleh: Muhammad Afiq Bin Mohd Zakaria
Jurulatih