Klang, 26 Ogos 2024 – Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Pertandingan KV Skills Zon Tengah Selangor & W.P Kuala Lumpur 2024 telah berlangsung dengan meriah di Kolej Vokasional Klang. Acara yang bermula pada jam 9.30 pagi hingga 11.30 pagi ini dianjurkan oleh BPLTV dan melibatkan pelajar serta pensyarah dari pelbagai institusi vokasional.
Objektif Program
Pertandingan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kepentingan menguasai dan mendalami standard kemahiran dalam bidang masing-masing. Di samping itu, pertandingan ini juga memberikan penghargaan kepada pelajar atas pencapaian dan kemahiran yang diperoleh, seterusnya meningkatkan motivasi mereka untuk terus cemerlang.
Pencapaian Peserta
Pasukan dari Teknologi Pemesinan Industri telah berjaya meraih beberapa pencapaian cemerlang dalam pertandingan ini. Pelajar dari bidang CNC Milling muncul sebagai Johan, manakala peserta dari bidang CAD berjaya meraih tempat kedua dan ketiga. Kejayaan ini menunjukkan tahap kemahiran tinggi yang dimiliki oleh pelajar serta komitmen yang ditunjukkan dalam pertandingan.
Impak Program
Pertandingan ini memberi impak yang besar kepada pelajar dalam meningkatkan keyakinan diri dan potensi mereka. Ia juga berfungsi sebagai pendedahan awal kepada skop soalan yang dipertandingkan di peringkat WorldSkills Malaysia Belia, memberikan gambaran jelas kepada pelajar mengenai standard yang perlu dicapai.
Rumusan Program
Secara keseluruhan, aktiviti yang dilaksanakan ini telah mencapai objektif yang ditetapkan. Pelajar yang menyertai menunjukkan prestasi yang membanggakan dan menerima penghargaan atas usaha dan pencapaian mereka dalam bidang masing-masing.
Gambar Program
Disediakan oleh: Ummu Afiqah Binti Mohd Hilmin
Pensyarah Penyelia