Lawatan Industri Program Perakaunan ke Kilang Ajinomoto, Bandar Enstek

Lawatan Industri Program Perakaunan ke Kilang Ajinomoto, Bandar Enstek

Bandar Enstek, 27 Ogos 2024 – Program Perakaunan Kolej Vokasional Sungai Buloh (KVSB) telah menganjurkan satu lawatan industri ke Kilang Ajinomoto di Bandar Enstek. Lawatan ini bermula dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari dan melibatkan penyertaan pelajar serta pensyarah Program Perakaunan.

Objektif Program

Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai operasi perniagaan perkilangan, meningkatkan motivasi mereka untuk menjadi usahawan, serta membuka peluang kerjaya dalam industri. Melalui lawatan ini, pelajar dapat melihat secara langsung bagaimana operasi kilang dijalankan dan memahami aspek pemasaran produk.

Impak Program

Pelajar mendapat pengalaman berharga mengenai operasi sebenar perniagaan perkilangan dan proses pemasaran produk. Pendedahan ini diharapkan dapat meningkatkan motivasi mereka dalam bidang perakaunan dan keusahawanan serta memberi gambaran jelas tentang peluang kerjaya yang ada dalam industri perkilangan.

Rumusan Program

Aktiviti ini berjaya mencapai objektif yang diharapkan, di mana pelajar terlibat secara aktif dan menunjukkan minat terhadap operasi perkilangan Ajinomoto. Lawatan ini memberikan pengetahuan tambahan dan pengalaman praktikal kepada pelajar, yang sangat berguna dalam pembelajaran dan kerjaya masa depan mereka.

Disediakan oleh: Noor Aziah Mohd Drus
Setiausaha Program BAK