Lawatan Perkongsian Ilmu Bersama Kolej Vokasional Kuantan dan Kolej Vokasional Sungai Buloh (Program Teknologi Elektrik)

Lawatan Perkongsian Ilmu Bersama Kolej Vokasional Kuantan dan Kolej Vokasional Sungai Buloh (Program Teknologi Elektrik)

Sungai Buloh, 27 Ogos 2024 – Program Teknologi Elektrik telah menganjurkan lawatan perkongsian ilmu bersama Kolej Vokasional Kuantan yang berlangsung di Bengkel Teknologi Elektrik, Kolej Vokasional Sungai Buloh. Program ini diadakan dari jam 10.30 pagi hingga 1.00 petang, melibatkan pelajar dan pensyarah dari kedua-dua institusi.

Objektif Program

Lawatan ini bertujuan untuk membina kerjasama erat antara Kolej Vokasional Kuantan dan Kolej Vokasional Sungai Buloh serta untuk berkongsi pendapat dan ilmu pengetahuan antara pelajar dan pensyarah dari kedua-dua kolej. Program ini memberikan platform untuk bertukar-tukar idea dan pengalaman berkaitan Projek Tahun Akhir 2 DVM ETE.

Impak Program

Pelajar 2 DVM ETE mendapat peluang untuk bertukar pendapat dan pengalaman semasa sesi pameran Projek Tahun Akhir. Ini membantu pelajar dalam meningkatkan pemahaman mereka mengenai pelbagai pendekatan dan aplikasi teknologi elektrik dalam projek mereka.

Rumusan Program

Aktiviti yang dilaksanakan berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan. Lawatan ini memperkukuh hubungan antara dua kolej vokasional dan memberi peluang kepada pelajar serta pensyarah untuk belajar dan berkolaborasi dalam bidang yang sama.

Disediakan oleh: Qadratul Anis Binti Faisol
Setiausaha Program Teknologi Elektrik

(Ditandatangani)