MHD Offshore Group Sdn Bhd, 29 Ogos 2024 – Program Teknologi Pemesinan Industri telah melaksanakan sesi pemantauan kali kedua terhadap pelajar yang sedang menjalani latihan industri di MHD Offshore Group Sdn Bhd. Pemantauan ini diadakan dari jam 9.30 pagi hingga 11.00 pagi dan disertai oleh pensyarah yang bertanggungjawab memastikan pelajar menjalani latihan dengan baik dan terkawal.
Objektif Program
Pemantauan ini bertujuan untuk memastikan pelajar berada dalam keadaan terkawal dan menjalani latihan dengan selamat serta berkesan. Lawatan ini membolehkan pensyarah memantau perkembangan pelajar secara langsung dan memastikan mereka mematuhi standard industri yang diperlukan.
Impak Program
Melalui pemantauan ini, pelajar mendapat peluang untuk menunjukkan kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh semasa latihan industri kepada pensyarah. Ia juga memberi pendedahan yang lebih mendalam kepada pelajar mengenai dunia pekerjaan sebenar, membantu mereka memahami proses kerja dengan tepat dan meningkatkan keyakinan dalam melaksanakan tugas yang diberikan.
Rumusan Program
Pelajar yang dipantau menunjukkan prestasi yang baik dan menjalani latihan yang bersesuaian dengan standard industri. Aktiviti ini bukan sahaja memastikan pelajar berada di landasan yang betul, tetapi juga memberi peluang kepada pensyarah untuk memberikan bimbingan secara langsung dalam suasana kerja sebenar.
Disediakan oleh: Siti Hajar Binti Abu Bakar