Hari Terbuka Jabatan Teknologi Elektrik & Elektronik, UniKL BMI

Hari Terbuka Jabatan Teknologi Elektrik & Elektronik, UniKL BMI

Gombak, 3 September 2024 – Jabatan Teknologi Elektrik dan Elektronik, UniKL BMI telah mengadakan Hari Terbuka pada 3 September 2024 yang bertempat di UniKL BMI, Gombak. Program ini dianjurkan oleh UniKL BMI sendiri dan berlangsung dari jam 9.30 pagi hingga 2.00 petang.

Pelajar Sertai Program Menarik dan Melawat Makmal UniKL BMI

Hari Terbuka ini direka khas untuk memberikan penerangan terperinci kepada pelajar mengenai program yang ditawarkan di UniKL BMI. Pelajar berpeluang melawat makmal-makmal yang disediakan, termasuk makmal PLC dan makmal Elektronik, serta menyertai pelbagai aktiviti interaktif yang telah disusun oleh pihak penganjur.

Impak Program Kepada Pelajar

Melalui sesi ini, pelajar telah mendapat banyak manfaat, termasuk pendedahan mengenai program-program yang disediakan di UniKL BMI. Mereka juga telah melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan, menunjukkan minat dan komitmen yang tinggi sepanjang program berlangsung.

Rumusan Program

Secara keseluruhan, Hari Terbuka ini berjaya mencapai objektifnya dalam memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai prospek pendidikan dan kemudahan yang terdapat di UniKL BMI. Para pelajar juga memberikan respon yang positif dan terlibat secara aktif sepanjang sesi yang dijalankan.

Disediakan oleh: Nur Hakimah Binti Hasnan
Penyelaras Hubungan Luar dan Lawatan Industri
UniKL BMI